Saturday, October 17, 2009

Market Wrap Report for the week ended 9 October 2009

WEEKLY HIGHLIGHTS

  • Led by buying of index-linked stocks, the FBM KLCI rose to a 16-month intraday high of 1,236.8 pointson Friday following a rebound in offshore markets. The index closed at 1,233.8 points for a weekly gain of 2.3% over the week.

  • Regional markets generally rebounded on optimism that the U.S. and selected regional economies are recovering.

The domestic market is anticipated to continue moving in tandem with overseas markets as investors monitor the outlook for the global economic activities and interest rates.

Tuesday, May 12, 2009

Market wrap report for the week ended 8 May 2009

Follow-through buying of selected index-linked stocks led the KLCI to an 8-month intraday high of 1,037.8 points on Thursday before closing at 1,026.8 for a gain of 3.6% over the week.

Regional markets advanced as concerns over the health of U.S. financial institutions eased following the U.S. governments recent stress tests. Selected markets such as Singapore , Hong Kong and China H shares registered double-digit gains over the week.

The market is anticipated to move in tandem with overseas markets as investors monitor the outlook for the U.S. credit market, global economic growth and interest rates.

Saturday, March 14, 2009

Public Mutual swept 7 awards, including Best Overall Fund Group Award

Public Bank’s wholly-owned subsidiary, Public Mutual emerged for the sixth consecutive year as the biggest winner at The Edge-Lipper Malaysia Fund Awards 2009 by winning 7 of the 24 awards, including the prestigious “Best Overall Group” award.


Public Mutual’s Chairman Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow expressed pride that once again Public Mutual emerged as the biggest winner at The Edge-Lipper Malaysia Fund Awards 2009. “These awards reflect Public Mutual's commitment to do its utmost to give value to our investors,” he said. He dedicated these awards to Public Mutual’s board of directors, management, staff, agency force and the investors for their unwavering support and trust over the years.


Tan Sri Teh and the management team were on stage to receive the awards from YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Hj Tun Abdul Razak, Deputy Prime Minister and Minister of Finance 1 during the award presentation ceremony held at the Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.




No Fund / Company Category
1 PB Growth Fund /Equity Malaysia - 5 years

2 Public SmallCap Fund /Equity Malaysia Small and Mid Caps - 5 years

3 PB Balanced Fund / Mixed Asset MYR Balanced - 5 years

4 Public Islamic Bond Fund / Bond Malaysian Ringgit - Islamic - 5 years

5 Public Bond Fund /Bond Malaysian Ringgit - 10 years

6 PB Balanced Fund / Mixed Asset MYR Balanced - 10 years

7 Public Mutual Berhad Best - Overall Group Award

Public Mutual is Malaysia’s largest private unit trust company with 67 funds under management. It has over 2,000,000 accountholders serviced by over 40,000 unit trust consultants. As at 31 December 2008, the total net asset value of the funds managed by the company was RM23.3 billion.

Market Wrap report for the week ended 6 March 2009

WEEKLY HIGHLIGHTS

In tandem with the retracement in foreign markets, the KLCI closed at 858.2 points on Friday to register a loss of 3.6% for the week.

Most regional markets continued to ease amidst the sell-down on Wall Street as investors remained concerned over the solvency of major global financial institutions.

The market is anticipated to move in tandem with overseas markets as investors monitor the outlook for the U.S. credit market, global economic activities and interest rates.

ends.

Wednesday, December 3, 2008

PANDUAN KEPADA AHLI KELAYAKAN PELABURAN DI BAWAH PENGELUARAN PELABURAN AHLI

1.0 PENGENALAN

Mulai 1 November 2007, KWSP telah melaksanakan beberapa pembaharuan dalam SKIM
KWSP secara berperingkat di bawah inisiatif strategik ’Bukan Hanya Simpanan’ seperti
mana yang diperuntukkan di bawah Akta KWSP 1991 (pindaan 2007). Ini termasuklah
inisiatif untuk memperkenalkan Simpanan Asas bagi menentukan amaun yang layak
dilaburkan oleh ahli daripada Akaun 1 di bawah Pengeluaran Pelaburan Ahli (PPA)

2.0 DEFINISI SIMPANAN ASAS

Simpanan Asas ialah satu jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut
umur bagi membolehkan ahli memperoleh simpanan sekurang-kurangnya RM120,000
pada umur 55 tahun. Ahli boleh melaburkan simpanan dalam Akaun 1 yang melebihi
simpanan asas dalam produk dan menerusi insititusi pelaburan yang diluluskan oleh
Menteri Kewangan.

3.0 SYARAT-SYARAT YANG DITETAPKAN

3.1 Mulai 1 Februari 2008, ahli boleh melaburkan simpanan di bawah PPA tidak
melebihi 20% daripada jumlah simpanan yang melebihi Simpanan Asas dalam
Akaun 1.

3.2 Pelaburan ini boleh dibuat setiap 3 bulan sekali dan jumlah minimum
pelaburan ialah RM1,000.00.

3.3 Jumlah Simpanan Asas dan contoh pengiraan adalah seperti di LAMPIRAN.
3.4 Syarat-syarat am prosedur di bawah Pengeluaran Pelaburan Ahli yang lain masih
kekal dan tidak berubah.

4.0 PERTANYAAN
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web KWSP www.kwsp.gov.my atau
menghubungi Pusat Panggilan Telefon KWSP di talian 03 8732 6000 atau Emel
enquiry@epf.gov.my


JUMLAH SIMPANAN ASAS DALAM AKAUN 1

UMUR (TAHUN) SIMPANAN ASAS (RM)
18 1,000 37 34,000
19 2,000 38 37,000
20 3,000 39 41,000
21 4,000 40 44,000
22 5,000 41 48,000
23 7,000 42 51,000
24 8,000 43 55,000
25 9,000 44 59,000
26 11,000 45 64,000
27 12,000 46 68,000
28 14,000 47 73,000
29 16,000 48 78,000
30 18,000 49 84,000
31 20,000 50 90,000
32 22,000 51 96,000
33 24,000 52 102,000
34 26,000 53 109,000
35 29,000 54 116,000
36 32,000 55 120,000

CONTOH PENGIRAAN KELAYAKAN

ASAS (RM) PENGIRAAN: SIMPANAN AKAUN 1 – SIMPANAN ASAS X 20%

KELAYAKAN

AHLI A: 22 thn RM4,000 - RM5,000 x 20% - AHLI TIDAK LAYAK MEMOHON.
SIMPANAN DI AKAUN 1 KURANG
DARIPADA SIMPANAN ASAS

B: 22 thn RM8,000 - RM5,000 x 20%
= RM600 AHLI TIDAK LAYAK MEMOHON.
AMAUN KELAYAKAN MINIMUM
KURANG RM1,000


C: 25 thn RM20,000 - RM9,000 x 20%
= RM2,200 AHLI LAYAK MEMOHON.
AMAUN KELAYAKAN MINIMUM
RM1,000 DAN MAKSIMUM
RM2,200

D: 40 thn RM40,000 - RM44,000 x 20%
_
AHLI TIDAK LAYAK MEMOHON.
SIMPANAN DI AKAUN 1 KURANG
DARIPADA SIMPANAN ASAS

E: 45 thn RM100,000 - RM64,000 x 20%
= RM7,200
AHLI LAYAK MEMOHON.
AMAUN KELAYAKAN MINUMUM
RM1,000 DAN MAKSIMUM
RM7,200


Untuk pelaburan menerusi EPF - Unit Trust, sila hubungi saya: 019-279 9053
rais, Public Mutual Agency Supervisor, Unit Trust Consultant.

Sunday, November 23, 2008

Pengajaran dalam kehidupan!!


Artis ditipu berjuta ringgit
Oleh MALIAH SURIP dan ZAINI SAMSU HADI
KUALA LUMPUR - Selain vokalis kumpulan Search, Amy yang mendakwa menjadi mangsa penipuan seorang ejen pelaburan rupa-rupanya ramai lagi artis terkenal tanah air turut menjadi mangsa.
Walaupun pada mulanya enggan tetapi atas perasaan bimbang lebih ramai akan terpedaya, mereka tampil membuat pengakuan kepada Kosmo! Ahad semalam.
Salah seorang daripada mereka, Hattan juga menjadi mangsa dan mendakwa rakan-rakan artis yang lain turut kerugian berjuta-juta ringgit setelah wanita yang menjadi ejen skim lesap Julai lalu.
Malah beliau juga mengaku menggunakan wang berjumlah RM50,000 daripada tabung Amanah Saham Didik milik anaknya, Adam.
Walaupun kesal dengan apa yang berlaku, Hattan berharap ia menjadi teladan kepada masyarakat supaya jangan terpengaruh dengan sebarang skim pelaburan.
Semalam Kosmo! melaporkan Amy kerugian lebih RM1 juta kerana terpedaya oleh ejen tersebut.
Tempias juga terkena kepada penyanyi dan pelakon, Awie, yang rugi ribuan ringgit setelah menyertai skim pelaburan yang sama.
"Saya akui saya tertipu dan ini adalah kesilapan paling bodoh yang pernah saya lakukan. Mungkin kerana memikirkan untuk mendapat pulangan jangka pendek, saya melabur," ujarnya kepada Kosmo! Ahad.
Lebih terkejut, katanya, wanita yang menjadi ejen itu juga rupa-rupanya mempunyai empat kes polis sebelum ini.
Selain itu, penyanyi Misha Omar juga mengalami nasib yang sama selepas terpengaruh dan turut mengalami kerugian ribuan ringgit.
"Kalau nak sebut jumlah kerugian, buat sakit hati," jelasnya. - KOSMO! 23 nov 2008.
-----------------------------------------------------------------------------------
BNM serbu 4 syarikat

Oleh MOHD. SAIFUL MOHD. SAHAK dan TAN MING WAI

KUALA LUMPUR 13 Okt. – Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini menyerbu empat buah syarikat skim cepat kaya melalui Internet yang mempunyai rangkaian beratus-ratus ribu pelabur dengan nilai pelaburan dipercayai mencecah ratusan juta ringgit.
Serbuan tersebut dilakukan di beberapa lokasi di Lembah Klang setelah syarikat-syarikat terbabit disyaki menjalankan kegiatan mengambil deposit tanpa lesen dan membuat pelaburan haram di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.
Mengikut maklumat daripada laman web, secara umumnya syarikat-syarikat tersebut menetapkan bayaran minimum RM1,000 sebagai deposit untuk pendeposit menyertai bidang perniagaan seperti pengiklanan, pelancongan dan perkhidmatan.
BNM dalam satu kenyataan di sini memberitahu, syarikat terlibat ialah Buluhmas Enterprise Sdn. Bhd., Jazmeen (M) Sdn. Bhd., Noradz Travel & Services Sdn. Bhd. dan Eastana Farm Industries Sdn. Bhd.
Buluhmas yang beribu pejabat di Tanjung Karang, Selangor dalam laman webnya mendakwa ia memiliki 700,000 ahli sebagai pembayar deposit di seluruh negara.
Kaedah perniagaannya menggunakan promoter untuk mengiklankan aktiviti syarikat dengan menampal pelekat yang tertera logo syarikat atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada pendeposit.
Sekitar pukul 9.30 malam ini, laman web Buluhmas masih boleh dilayari yang menunjukkan sejak April lalu ia telah menerima hampir 250,000 pengunjung.
Sementara itu, Jazmeen dalam laman webnya mendakwa dengan permulaan modal sebanyak RM1,000, pendeposit mampu mendapat pulangan 120 peratus dalam tempoh 12 bulan pertama dan jumlah itu terus bertambah pada tahun-tahun berikutnya.
BNM dalam kenyataannya menambah, tindakan ke atas keempat-empat syarikat itu diambil setelah Unit Penyiasatan Khas BNM menjalankan siasatan terhadap aktiviti syarikat berkenaan.
“Kesemua penganjur skim pelaburan itu akan ditahan selepas BNM merekodkan kenyataan mereka kerana disyaki mengambil deposit secara haram dan menjalankan aktiviti penggubahan wang haram,” jelas kenyataan itu.
Seorang jurucakap BNM ketika dihubungi memberitahu, jumlah sebenar ahli terlibat dan nilai deposit yang dikumpulkan oleh keempat-empat syarikat itu hanya akan diketahui apabila kes mereka dihadapkan ke mahkamah dalam tempoh terdekat.
Aktiviti syarikat-syarikat itu disiasat mengikut Seksyen 25 (1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 yang melarang mana-mana individu yang tidak mempunyai lesen daripada menerima dan mengambil deposit.
Katanya, jika sabit kesalahan pegawai dan pemilik syarikat-syarikat terlibat boleh didenda tidak melebihi RM10 juta atau dipenjara untuk tempoh 10 tahun atau kedua-duanya sekali.
Syarikat-syarikat itu juga disiasat di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA 2001) yang melarang mana-mana individu daripada terlibat atau cuba untuk membabitkan diri atau bersubahat melakukan kegiatan penggubahan wang haram.
Jika disabitkan kesalahan, mereka yang didakwa boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5 juta atau dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Menurut kenyataan BNM, skim pelaburan yang dianjurkan oleh keempat-empat syarikat yang diserbu hari ini menyatakan kononnya ia berasaskan perdagangan mata wang, pasaran hadapan komoditi, pelaburan luar persisiran dan saham-saham lain.
Dakwaan itu, kata BNM, hanya rekaan semata-mata.
“Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dengan skim yang ditawarkan melalui Internet, panggilan telefon atau seminar yang dianjurkan oleh individu atau syarikat yang tidak dilesenkan oleh BNM,’’ jelas kenyataan itu.
Orang ramai boleh mengetahui senarai syarikat dan institusi berlesen yang menerima deposit dengan melawat laman web BNM di http://www.bnm.gov.my/. - UTUSAN 13 okt 2008
---------------------------------------------------------------------------------
ULASAN...
KISAH di atas adalah fakta kes di mana masih ada individu yang tersilap dalam membuat pelaburan yang mereka sertai. Saya hanya ingin berkongsi dengan pelabur di luar sana agar sama-sama kita memahami erti pelaburan dan tahu apakah bentuk pelaburan yang sesuai dan sah di sisi undang-undang.
Sebelum kes di atas banyak lagi mangsa di dalam pelaburan, pendek kata mereka terperangkan dnegan skim cepat kaya yang telah diubah disebut pelaburan.
Sejak kes Pak Man Telo, skim sistem pyramid, ramai pihak yang cuba ambil kesempatan kononya mereka ini adalah ejen pelaburan, pakar pelaburanlah dan bermacam-nama yang diguna termasuk mengguna nama VIP seperti menteri atau wakil kepada syarikat perniagaan dan tokoh perniagaan.
Dua tahun lalu, ramai dikalangan rakyat kita terjebak dan tertipu dengan pelaburan internet kononya memberi pulangan yang tinggi hingaa duit untuk perkahwinan dan tabung anak pun digunakan gara-gara mahu mahu masuk skin pelaburan intenet.
Kesudahannya, terbongkar sekali lagi di dalam akhabr dan mereka hangus begitu sahaja.
Kini taktik terbaru ada yang cuba `modify' sistem pelaburan dengan memperkenalkan produk seperti; kesihatan, pertanian, ternakan dan lain-lain, di mana akan mengambil wang desposit daripada orang.
Individu yang mengambil wang deposit haram tanpa kekebenaran Bank Negara Malaysia (BNM) adalah salah di sisi undang-undang di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA 2001) yang melarang mana-mana individu daripada terlibat atau cuba untuk membabitkan diri atau bersubahat melakukan kegiatan penggubahan wang haram.

Jika disabitkan kesalahan, mereka yang didakwa boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5 juta atau dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali..
Lebih baik anda merujuk kepada Suruhanjaya Sekuriti (SC) sebelum membuat pelaburan atau berasa ragu-ragu tentang pelaburan yang diperkenalkan kepada anda.
Ingat! Bukan mudah mahu mencari, siang malam kerja mencari pendapatan. Disebabkan silap langkah dalam pelaburan, wang yang kita kumpulan `dibuang' begitu sahaja. Ahhh...ruginya duit aku!!!!... kalau aku tahu... . Tiadalah istilah kalau, jika dah berlaku `menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada guna'.
Sebagai Perunding Pelaburan Unit Amanah ( Unit Trust Consultant), saya menggalakan anda semua menyelidik dahulu latar belakang syarikat pelaburan atau individu yang memperkenalkan diri sebagai ejen pelaburan. Pastikan mereka mempunyai lesen atau sijil yang diiktiraf oleh kerajaan dan badan profesional seperti FMUTM - yang membenarkan individu menjalankan pelaburan UNIT TRUST.
Terlalu banyak bentuk pelaburan ada di dalam negara kita ini; hartanah, saham BSKL, opsyen , share dalam perniagaan, dan salah satu pelaburan cukup popular adalah Unit Trust atau Saham Amanah.
Sekiranya pembaca diluar sana mahu bertanya soalan tentang pelaburan selamat atau berminat untuk tahu Unit Trust bolehlah hubungi saya;
019-279 9053 atau emel raispublicmutual@yahoo.com - RAIS YEOP JOHARI

Wednesday, November 19, 2008

Anugerah Pengurus Dana Islam Terkemuka untuk 2 tahun berturut-turut

ANAK SYARIKAT milik penuh Public Bank, Public Mutual memenangi anugerah Pengurus Dana Islam Terkemuka bagi 2 tahun berturut-turut di majlis penyampaian Tahun 2008 Anugerah KLIFF (Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur) Kewangan Islam ke-5. Anugerah tersebut disampaikan oleh Y.B Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri Kewangan II kepada Pengerusi Public Mutual Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow di majlis penyampaian anugerah tersebut yang diadakan pada 18 November 2008 di Hotel Istana Kuala Lumpur.
Tahun 2008 Anugerah KLIFF Kewangan Islam ke-5 dikendalikan oleh The Centre for Research and Training (CERT) dengan Halal Industry Development
Corporation (HDC), dengan kerjasama Dow Jones Islamic Market Indexes (DJIM), the International Institute of Islamic Finance (IIIF) dan Messrs Hisham, Sobri & Kadir (HSK).

Tan Sri Teh menyatakan perasaan bangga bahawa Public Mutual sekali lagi
memenangi anugerah yang berprestij ini. “Anugerah ini merupakan anugerah ke-121 yang dimenangi oleh Public Mutual sejak tahun 1999. Memenangi anugerah tersebut bukan sahaja memperkukuhkan kedudukan pemimpinan kami di industri unit amanah Islam tetapi juga mengesahkan komitmen kami dalam mencapai kecemerlangan,” tambah beliau.

Tan Sri Teh mendedikasikan anugerah tersebut kepada lembaga pengarah Public Mutual, badan pengurusan, kaki-kakitangan, pasukan agensi and para pelabur atas sokongan dan kepercayaan kuat yang diberikan tahun demi tahun.
Public Mutual merupakan pemimpin dalam sektor dana unit amanah Islam swasta di Malaysia. Pada akhir bulan September 2008, syarikat tersebut menguruskan 24 dana Islam dengan jumlah aset Islam di bawah pengurusan syarikat sebanyak RM8.5 bilion.

Ini merupakan 50.7% daripada bahagian pasaran sektor dana unit amanah Islam swasta. Syarikat tersebut juga merupakan pengurus dana unit amanah
Islam yang paling banyak menerima anugerah di Malaysia, memenangi sebanyak 32 anugerah dana Islam. Ini termasuk “Pengurus Dana Islam Terbaik di Asia untuk tahun 2006 and 2007” daripada Failaka Advisors, Dubai, pemimpin yang diiktiraf dalam bidang penyelidikan dana-dana Islam.


Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia, mengurus sebanyak 62 dana. Syarikat tersebut mempunyai seramai lebih 2,000,000 pemegang akaun yang diservis oleh seramai lebih 40,000-perunding unit amanah.

Pada akhir bulan September 2008, jumlah nilai aset bersih dana yang diuruskan oleh syarikat tersebut adalah sebanyak RM24.1 bilion.

ends.