
Artis ditipu berjuta ringgit
Oleh MALIAH SURIP dan ZAINI SAMSU HADI
Oleh MALIAH SURIP dan ZAINI SAMSU HADI
KUALA LUMPUR - Selain vokalis kumpulan Search, Amy yang mendakwa menjadi mangsa penipuan seorang ejen pelaburan rupa-rupanya ramai lagi artis terkenal tanah air turut menjadi mangsa.
Walaupun pada mulanya enggan tetapi atas perasaan bimbang lebih ramai akan terpedaya, mereka tampil membuat pengakuan kepada Kosmo! Ahad semalam.
Salah seorang daripada mereka, Hattan juga menjadi mangsa dan mendakwa rakan-rakan artis yang lain turut kerugian berjuta-juta ringgit setelah wanita yang menjadi ejen skim lesap Julai lalu.
Malah beliau juga mengaku menggunakan wang berjumlah RM50,000 daripada tabung Amanah Saham Didik milik anaknya, Adam.
Walaupun kesal dengan apa yang berlaku, Hattan berharap ia menjadi teladan kepada masyarakat supaya jangan terpengaruh dengan sebarang skim pelaburan.
Semalam Kosmo! melaporkan Amy kerugian lebih RM1 juta kerana terpedaya oleh ejen tersebut.
Tempias juga terkena kepada penyanyi dan pelakon, Awie, yang rugi ribuan ringgit setelah menyertai skim pelaburan yang sama.
"Saya akui saya tertipu dan ini adalah kesilapan paling bodoh yang pernah saya lakukan. Mungkin kerana memikirkan untuk mendapat pulangan jangka pendek, saya melabur," ujarnya kepada Kosmo! Ahad.
Lebih terkejut, katanya, wanita yang menjadi ejen itu juga rupa-rupanya mempunyai empat kes polis sebelum ini.
Selain itu, penyanyi Misha Omar juga mengalami nasib yang sama selepas terpengaruh dan turut mengalami kerugian ribuan ringgit.
"Kalau nak sebut jumlah kerugian, buat sakit hati," jelasnya. - KOSMO! 23 nov 2008.
Walaupun pada mulanya enggan tetapi atas perasaan bimbang lebih ramai akan terpedaya, mereka tampil membuat pengakuan kepada Kosmo! Ahad semalam.
Salah seorang daripada mereka, Hattan juga menjadi mangsa dan mendakwa rakan-rakan artis yang lain turut kerugian berjuta-juta ringgit setelah wanita yang menjadi ejen skim lesap Julai lalu.
Malah beliau juga mengaku menggunakan wang berjumlah RM50,000 daripada tabung Amanah Saham Didik milik anaknya, Adam.
Walaupun kesal dengan apa yang berlaku, Hattan berharap ia menjadi teladan kepada masyarakat supaya jangan terpengaruh dengan sebarang skim pelaburan.
Semalam Kosmo! melaporkan Amy kerugian lebih RM1 juta kerana terpedaya oleh ejen tersebut.
Tempias juga terkena kepada penyanyi dan pelakon, Awie, yang rugi ribuan ringgit setelah menyertai skim pelaburan yang sama.
"Saya akui saya tertipu dan ini adalah kesilapan paling bodoh yang pernah saya lakukan. Mungkin kerana memikirkan untuk mendapat pulangan jangka pendek, saya melabur," ujarnya kepada Kosmo! Ahad.
Lebih terkejut, katanya, wanita yang menjadi ejen itu juga rupa-rupanya mempunyai empat kes polis sebelum ini.
Selain itu, penyanyi Misha Omar juga mengalami nasib yang sama selepas terpengaruh dan turut mengalami kerugian ribuan ringgit.
"Kalau nak sebut jumlah kerugian, buat sakit hati," jelasnya. - KOSMO! 23 nov 2008.
-----------------------------------------------------------------------------------
BNM serbu 4 syarikat
Oleh MOHD. SAIFUL MOHD. SAHAK dan TAN MING WAI
KUALA LUMPUR 13 Okt. – Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini menyerbu empat buah syarikat skim cepat kaya melalui Internet yang mempunyai rangkaian beratus-ratus ribu pelabur dengan nilai pelaburan dipercayai mencecah ratusan juta ringgit.
Serbuan tersebut dilakukan di beberapa lokasi di Lembah Klang setelah syarikat-syarikat terbabit disyaki menjalankan kegiatan mengambil deposit tanpa lesen dan membuat pelaburan haram di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.
Mengikut maklumat daripada laman web, secara umumnya syarikat-syarikat tersebut menetapkan bayaran minimum RM1,000 sebagai deposit untuk pendeposit menyertai bidang perniagaan seperti pengiklanan, pelancongan dan perkhidmatan.
BNM dalam satu kenyataan di sini memberitahu, syarikat terlibat ialah Buluhmas Enterprise Sdn. Bhd., Jazmeen (M) Sdn. Bhd., Noradz Travel & Services Sdn. Bhd. dan Eastana Farm Industries Sdn. Bhd.
Buluhmas yang beribu pejabat di Tanjung Karang, Selangor dalam laman webnya mendakwa ia memiliki 700,000 ahli sebagai pembayar deposit di seluruh negara.
Kaedah perniagaannya menggunakan promoter untuk mengiklankan aktiviti syarikat dengan menampal pelekat yang tertera logo syarikat atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada pendeposit.
Sekitar pukul 9.30 malam ini, laman web Buluhmas masih boleh dilayari yang menunjukkan sejak April lalu ia telah menerima hampir 250,000 pengunjung.
Sementara itu, Jazmeen dalam laman webnya mendakwa dengan permulaan modal sebanyak RM1,000, pendeposit mampu mendapat pulangan 120 peratus dalam tempoh 12 bulan pertama dan jumlah itu terus bertambah pada tahun-tahun berikutnya.
BNM dalam kenyataannya menambah, tindakan ke atas keempat-empat syarikat itu diambil setelah Unit Penyiasatan Khas BNM menjalankan siasatan terhadap aktiviti syarikat berkenaan.
“Kesemua penganjur skim pelaburan itu akan ditahan selepas BNM merekodkan kenyataan mereka kerana disyaki mengambil deposit secara haram dan menjalankan aktiviti penggubahan wang haram,” jelas kenyataan itu.
Seorang jurucakap BNM ketika dihubungi memberitahu, jumlah sebenar ahli terlibat dan nilai deposit yang dikumpulkan oleh keempat-empat syarikat itu hanya akan diketahui apabila kes mereka dihadapkan ke mahkamah dalam tempoh terdekat.
Aktiviti syarikat-syarikat itu disiasat mengikut Seksyen 25 (1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 yang melarang mana-mana individu yang tidak mempunyai lesen daripada menerima dan mengambil deposit.
Katanya, jika sabit kesalahan pegawai dan pemilik syarikat-syarikat terlibat boleh didenda tidak melebihi RM10 juta atau dipenjara untuk tempoh 10 tahun atau kedua-duanya sekali.
Syarikat-syarikat itu juga disiasat di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA 2001) yang melarang mana-mana individu daripada terlibat atau cuba untuk membabitkan diri atau bersubahat melakukan kegiatan penggubahan wang haram.
Jika disabitkan kesalahan, mereka yang didakwa boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5 juta atau dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Menurut kenyataan BNM, skim pelaburan yang dianjurkan oleh keempat-empat syarikat yang diserbu hari ini menyatakan kononnya ia berasaskan perdagangan mata wang, pasaran hadapan komoditi, pelaburan luar persisiran dan saham-saham lain.
Dakwaan itu, kata BNM, hanya rekaan semata-mata.
“Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dengan skim yang ditawarkan melalui Internet, panggilan telefon atau seminar yang dianjurkan oleh individu atau syarikat yang tidak dilesenkan oleh BNM,’’ jelas kenyataan itu.
Orang ramai boleh mengetahui senarai syarikat dan institusi berlesen yang menerima deposit dengan melawat laman web BNM di http://www.bnm.gov.my/. - UTUSAN 13 okt 2008
---------------------------------------------------------------------------------
ULASAN...
KISAH di atas adalah fakta kes di mana masih ada individu yang tersilap dalam membuat pelaburan yang mereka sertai. Saya hanya ingin berkongsi dengan pelabur di luar sana agar sama-sama kita memahami erti pelaburan dan tahu apakah bentuk pelaburan yang sesuai dan sah di sisi undang-undang.
Sebelum kes di atas banyak lagi mangsa di dalam pelaburan, pendek kata mereka terperangkan dnegan skim cepat kaya yang telah diubah disebut pelaburan.
Sejak kes Pak Man Telo, skim sistem pyramid, ramai pihak yang cuba ambil kesempatan kononya mereka ini adalah ejen pelaburan, pakar pelaburanlah dan bermacam-nama yang diguna termasuk mengguna nama VIP seperti menteri atau wakil kepada syarikat perniagaan dan tokoh perniagaan.
Dua tahun lalu, ramai dikalangan rakyat kita terjebak dan tertipu dengan pelaburan internet kononya memberi pulangan yang tinggi hingaa duit untuk perkahwinan dan tabung anak pun digunakan gara-gara mahu mahu masuk skin pelaburan intenet.
Kesudahannya, terbongkar sekali lagi di dalam akhabr dan mereka hangus begitu sahaja.
Kini taktik terbaru ada yang cuba `modify' sistem pelaburan dengan memperkenalkan produk seperti; kesihatan, pertanian, ternakan dan lain-lain, di mana akan mengambil wang desposit daripada orang.
Individu yang mengambil wang deposit haram tanpa kekebenaran Bank Negara Malaysia (BNM) adalah salah di sisi undang-undang di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA 2001) yang melarang mana-mana individu daripada terlibat atau cuba untuk membabitkan diri atau bersubahat melakukan kegiatan penggubahan wang haram.
Jika disabitkan kesalahan, mereka yang didakwa boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5 juta atau dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali..
Lebih baik anda merujuk kepada Suruhanjaya Sekuriti (SC) sebelum membuat pelaburan atau berasa ragu-ragu tentang pelaburan yang diperkenalkan kepada anda.
Ingat! Bukan mudah mahu mencari, siang malam kerja mencari pendapatan. Disebabkan silap langkah dalam pelaburan, wang yang kita kumpulan `dibuang' begitu sahaja. Ahhh...ruginya duit aku!!!!... kalau aku tahu... . Tiadalah istilah kalau, jika dah berlaku `menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada guna'.
Sebagai Perunding Pelaburan Unit Amanah ( Unit Trust Consultant), saya menggalakan anda semua menyelidik dahulu latar belakang syarikat pelaburan atau individu yang memperkenalkan diri sebagai ejen pelaburan. Pastikan mereka mempunyai lesen atau sijil yang diiktiraf oleh kerajaan dan badan profesional seperti FMUTM - yang membenarkan individu menjalankan pelaburan UNIT TRUST.
Terlalu banyak bentuk pelaburan ada di dalam negara kita ini; hartanah, saham BSKL, opsyen , share dalam perniagaan, dan salah satu pelaburan cukup popular adalah Unit Trust atau Saham Amanah.
Sekiranya pembaca diluar sana mahu bertanya soalan tentang pelaburan selamat atau berminat untuk tahu Unit Trust bolehlah hubungi saya;
019-279 9053 atau emel raispublicmutual@yahoo.com - RAIS YEOP JOHARI