1.0 PENGENALAN
Mulai 1 November 2007, KWSP telah melaksanakan beberapa pembaharuan dalam SKIM
KWSP secara berperingkat di bawah inisiatif strategik ’Bukan Hanya Simpanan’ seperti
mana yang diperuntukkan di bawah Akta KWSP 1991 (pindaan 2007). Ini termasuklah
inisiatif untuk memperkenalkan Simpanan Asas bagi menentukan amaun yang layak
dilaburkan oleh ahli daripada Akaun 1 di bawah Pengeluaran Pelaburan Ahli (PPA)
2.0 DEFINISI SIMPANAN ASAS
Simpanan Asas ialah satu jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut
umur bagi membolehkan ahli memperoleh simpanan sekurang-kurangnya RM120,000
pada umur 55 tahun. Ahli boleh melaburkan simpanan dalam Akaun 1 yang melebihi
simpanan asas dalam produk dan menerusi insititusi pelaburan yang diluluskan oleh
Menteri Kewangan.
3.0 SYARAT-SYARAT YANG DITETAPKAN
3.1 Mulai 1 Februari 2008, ahli boleh melaburkan simpanan di bawah PPA tidak
melebihi 20% daripada jumlah simpanan yang melebihi Simpanan Asas dalam
Akaun 1.
3.2 Pelaburan ini boleh dibuat setiap 3 bulan sekali dan jumlah minimum
pelaburan ialah RM1,000.00.
3.3 Jumlah Simpanan Asas dan contoh pengiraan adalah seperti di LAMPIRAN.
3.4 Syarat-syarat am prosedur di bawah Pengeluaran Pelaburan Ahli yang lain masih
kekal dan tidak berubah.
4.0 PERTANYAAN
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web KWSP www.kwsp.gov.my atau
menghubungi Pusat Panggilan Telefon KWSP di talian 03 8732 6000 atau Emel
enquiry@epf.gov.my
JUMLAH SIMPANAN ASAS DALAM AKAUN 1
UMUR (TAHUN) SIMPANAN ASAS (RM)
18 1,000 37 34,000
19 2,000 38 37,000
20 3,000 39 41,000
21 4,000 40 44,000
22 5,000 41 48,000
23 7,000 42 51,000
24 8,000 43 55,000
25 9,000 44 59,000
26 11,000 45 64,000
27 12,000 46 68,000
28 14,000 47 73,000
29 16,000 48 78,000
30 18,000 49 84,000
31 20,000 50 90,000
32 22,000 51 96,000
33 24,000 52 102,000
34 26,000 53 109,000
35 29,000 54 116,000
36 32,000 55 120,000
CONTOH PENGIRAAN KELAYAKAN
ASAS (RM) PENGIRAAN: SIMPANAN AKAUN 1 – SIMPANAN ASAS X 20%
KELAYAKAN
AHLI A: 22 thn RM4,000 - RM5,000 x 20% - AHLI TIDAK LAYAK MEMOHON.
SIMPANAN DI AKAUN 1 KURANG
DARIPADA SIMPANAN ASAS
B: 22 thn RM8,000 - RM5,000 x 20%
= RM600 AHLI TIDAK LAYAK MEMOHON.
AMAUN KELAYAKAN MINIMUM
KURANG RM1,000
C: 25 thn RM20,000 - RM9,000 x 20%
= RM2,200 AHLI LAYAK MEMOHON.
AMAUN KELAYAKAN MINIMUM
RM1,000 DAN MAKSIMUM
RM2,200
D: 40 thn RM40,000 - RM44,000 x 20%
_
AHLI TIDAK LAYAK MEMOHON.
SIMPANAN DI AKAUN 1 KURANG
DARIPADA SIMPANAN ASAS
E: 45 thn RM100,000 - RM64,000 x 20%
= RM7,200
AHLI LAYAK MEMOHON.
AMAUN KELAYAKAN MINUMUM
RM1,000 DAN MAKSIMUM
RM7,200
Untuk pelaburan menerusi EPF - Unit Trust, sila hubungi saya: 019-279 9053
rais, Public Mutual Agency Supervisor, Unit Trust Consultant.
Wednesday, December 3, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)